fbpx

No products in the cart.

APAKAH NLP?

Istilah NLP dibangunkan oleh Richard Bandler dan Joh Grinder pada tahun 1970 yang melambangkan manusia sebagai seluruh sistem minda badan yang berkait dengan proses neurological, Bahasa dan strategi tingkah laku yang telah dipelajari.

NLP merupakan akronim kepada Neuro Linguistic Programming di mana merangkumi tiga elemen penting dalam teknik ini.

NEURO – berasal dari perkataan neuron yang membawa maksud saraf otak. Saraf ini penting kerana segala maklumat yang diterima, nampak, rasa dan bau oleh manusia adalah melalui saraf dan akan disampaikan kepada otak.

LINGUISTIC – membawa maksud bahasa. Bahasa memainkan peranan untuk mempengaruhi otak dan emosi kita. Oleh itu, bahasa yang digunakan dalam kehidupan harian amat penting sebagai refleksi emosi dan sekeliling kita.

PROGRAMMING – otak kita merupakan sebuah komputer. Malah, komputer yang paling hebat kerana ia mampu berfungsi dalam menyimpan data dan mengingat setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan harian kita.

Teras NLP

  1. Sensitiviti

Perasan yang dialami untuk menyatakan perbezaan dalam diri orang lian ataupun reaksi wajah yang muram ketika ditimpa masalah. Teknik ini dapat membantu dalam menjelaskan bagaimana kuasa persepsi seseorang dalam menggunakan sentuhan, emosi dan bau.

2. Fleksibel

Melaksanakan sesuatu perkara dengan cara yang efektif namun seandainya gagal melaksanakan cara biasa gunakan, boleh menukar kepada persepktif lain.

3. Hubungan

Pembinaan hubungan menjelaskan cara berhubung dengan diri sendiri dan orang lain. Contohnya bagaimana untuk berkata tidak pada orang tetapi masih mengekalkan hubungan tersebut.

4. Hasil

Membantu dalam Menyusun pemikiran terhadap kemahuan yang diarah untuk mendapat hasil yang diingini. Teknik ini membantu dalam menumpukan perhatian kepada masalah yang dihadapi dan membuat keputusan serta pilihan yang tepat dalam mencapai matlamat sebenar.

Kebaikan NLP

  1. Membantu untuk berkomunikasi dengan lebih efektif dan membina hubungan baik dengan individu lain.
  2. Mengetahui apa yang sebenarnya dikatakan oleh seseorang individu dan mengetahui makna sebenar yang mereka ingin sampaikan.
  3. Membantu dalam mengawal emosi kita secara efektif sehingga dapat atasi masalah yang berkaitan dengan fikiran dan perasaan.
  4. Dapat mengajar diri untuk meningkatkan keyakinan diri dalam apa pun yang ingin dilakukan dan mempunyai semangat yang kuat untuk sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *