fbpx

No products in the cart.

BAKAL TERBIT: E-Mutawwif | Panduan Paling Lengkap Umrah & Haji

e-Mutawwif adalah panduan pembelajaran umrah dan haji paling lengkap hasil kajian MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY ACADEMY SDN. BHD. atau lebih dikenali sebagai AMTC.

AMTC merupakan sebuah platform penyediaan latihan khususnya dalam bidang Haji & Umrah yang sudah bertapak sejak tahun 2011  dalam  menyediakan latihan bermodul lengkap ibadah Haji dan Umrah kepada Mutawwif di seluruh pelusuk Malaysia. 

Pihak AMTC menyediakan latihan  yang mempunyai perincian mengikut skop tertentu seperti : Asas Mutawwif, Pengurusan Haji & Umrah, Pengurusan Usahawan & Kerjaya, Motivasi Umrah & Haji, Kefahaman teori & amali perlaksanaaan Haji & Umrah. Slot latihan yang disediakan pihak AMTC akan dikelolai oleh tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang Haji & Umrah. Perlaksanaan  modul pembelajaran yang digunakan adalah sistematik dan  mengikut panduan semasa dalam industri Haji & Umrah bagi memastikan pengisian yang diperolehi oleh peserta seiring dengan pengetahuan yang diselaraskan mengikut keperluan industri Haji & Umrah.

Pihak AMTC  juga telah melahirkan lebih 5000 orang graduan Mutawwif  yang telah mengikut program pensijilan secara Intensif. Mutawwif  yang dihasilkan oleh pihak  AMTC sebelum ini telah mendapat banyak tawaran sebagai Mutawwif daripada agensi pelancongan secara sepenuh masa mahupun sambilan. Selain itu, Mutawwif  AMTC  lebih berketerampilan dan  berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu dalam bidang Haji & Umrah.

Pembangunan e-Mutawwif ini dirancang dengan penuh teliti oleh AMTC hasil daripada pengalaman bertahun-tahun dalam pengurusan haji dan umrah.

Gabungan puluhan pakar bidang dengan kerjasama erat Akademi Belajarlah sebagai tenaga produksi, e-Mutawwif bakal menjadi panduan paling lengkap secara online di Malaysia dan mungkin di dunia.

Antara pakar bidang yang terbabit di dalam pembikinan e-Mutawwif adalah Dato’ Daud Che Ngah, Ustazah Maznah Daud, Dato Kamal, Tuan Haji Afifi, Ustaz Abdullah ARS dan ramai lagi.

Bakal diterbitkan Oktober 2020. Nantikan kehadirannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *