fbpx

No products in the cart.

Business Model Canvas

Berbisnes dengan cara yang betul dan strategi yang bijak.

Adakah Anda tergolong dalam salah satu kategori di bawah?

Usahawan yang menghadapi situasi sukar dalam ekonomi tidak menentu.

Bisnes Anda sekarang berada dalam situasi tanpa hala tuju.

Mahu buat bisnes tetapi tidak tahu mahu bermula daripada mana, bimbang terjerumus ke dalam risiko tidak terjangka.

Baru memulakan langkah dalam dunia bisnes bagi menambah sumber pendapatan baru namun tidak tahu membangun perancangan strategik.

Tidak termasuk dalam mana-mana golong di atas tetapi mahu tahu tentang bisnes dan mungkin satu hari mahu menceburi bisnes.

Situasi ekonomi sekarang dalam keadaan tidak menentu. Simptom-simptom kegawatan ekonomi mula terlihat.

Syarikat mula mengecilkan operasi dengan memberhentikan pekerja.

Notis-notis kedai untuk disewa dan dijual mula terpapar di premis-premis perniagaan yang dahulunya ada syarikat beroperasi di sana.

Kadar mata wang negara makin menurun berbanding mata wang dunia.

Daya beli masyarakat juga menurun, produk-produk bukan komoditi mula terasa kesannya.

Bank-bank mula mengetatkan kawalan kredit.

Ini ditambah pula dengan beberapa khabar kurang menarik dunia bisnes:

Syarikat francais terkenal yang mengumumkan pengubahan hala tuju bisnes daripada bisnes fesyen kepada bisnes kecantikan dan kesihatan.

Syarikat yang iklannya terpampang pada billboard di sepanjang jalan seluruh negara terpaksa mengecilkan bilangan outletnya daripada 30 buah hanya tinggal 1 sahaja.

Syarikat gergasi negara dikatakan akan mula membuang pekerja

Syarikat yang dahulunya membuka gedung di 7 pasaraya, terpaksa menutup 5 tinggal hanya 2. Itupun dikhabarkan mencatat kerugian setiap bulan.

Inilah realiti semasa yang dihadapi oleh dunia bisnes, seram bukan?

Pada keadaan begini, cabaran seorang usahawan ataupun pengurus bisnes adalah membuat keputusan terbaik untuk bisnesnya.

Keputusan yang dibuat akan menentukan sama ada bisnes akan jadi lebih baik, lebih buruk ataupun statik dan tidak berkembang. Tambah pula dengan situasi ekonomi sekarang yang tidak menentu. Tersilap membuat keputusan buruk padahnya. Kebarangkalian bisnes gulung tikar adalah amat besar pada ketika ini.

Seorang OTAI DUNIA BISNES PENERBITAN pernah berkata, jika ia diberikan peluang memulakan bisnes baru pada ketika ini beliau tidak akan melakukannya. Kenapa? Situasi dunia bisnes sekarang adalah amat berbeza apabila dibandingkan dengan keadaan masa lalu. Dahulunya bisnes memerlukan masa 2 ke 3 tahun untuk sesebuah syarikat menjadi matang. Matang dalam erti kata melihat jatuh bangunnya. Namun teori itu tidak terpakai sekarang. Bisnes yang dibuka 3 bulan lepas, mungkin sekarang sudah ditutup.

Bisnes adalah seumpama seekor kuda liar yang akan ke mana-mana sahaja dalam situasi ekonomi sekarang. Jadi bagaimana mahu TAKLUK dan KUASAI BISNES sekarang?

BAIK, KAMI AKAN CERITAKAN SOLUSINYA!

Sebelum kita mahu bercerita mengenai KUASAI BISNES. Apakah kita faham dengan istilah KUASAI dan BISNES?

Apakah itu KUASAI?

KUASAI berasal usul daripada kata akar KUASA atau ‘POWER’. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, ‘POWER’ membawa maksud mempunyai daya upaya ataupun autoriti ke atas sesuatu.

Apa itu BISNES?

Bisnes adalah suatu aktiviti yang melibatkan 2 perkara iaitu IDEA BISNES dan MODEL BISNES.

Jadi gabungan kedua-dua perkataan KUASAI BISNES membawa maksud mempunyai autoriti dan hak ke atas IDEA BISNES dan MODEL BISNES.

Kesimpulan yang boleh dibuat, tanpa pengetahuan berkenaan IDEA BISNES dan MODEL BISNES seseorang usahawan sukar menguasai bisnesnya dan sudah tentu sukar membuat KEPUTUSAN TERBAIK ke atas bisnesnya.

Course Features

  • Lessons 19
  • Quizzes 0
  • Students 30
  • Reviews 0
  • Certificate No
Author