fbpx

No products in the cart.

e-Learning Umrah & Haji (Basic Package – Langganan Seumur Hidup)

RM197.00 RM97.00

Kursus e-Learning Umrah & Haji

Kursus e-Learning Umrah & Haji merupakan sebuah pembelajaran interaktif berstruktur di atas talian sebagai persediaan jiwa dan rohani individu yang ingin ke Mekah dan Madinah samada sebagai Mutawwif atau Jemaah. Pendekatan ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menunaikan Umrah & Haji dan menjadi mutawwif yang lebih bertauliah.

Kursus ini membincangkan mengenai persiapan rohani, sirah, komunikasi, kesihatan dan spiritual. Selain itu, para Jemaah juga berpeluang untuk merancang kewangan sebagai persediaan ke Tanah Suci. Para Jemaah juga berpeluang untuk belajar dengan panelis yang berpengalaman luas dalam bidang Umrah & Haji.

Kelebihan lain yang bakal diterima oleh para Jemaah adalah bonus berbentuk video perkongsian berkaitan usahawan Umrah & Haji, istiqamah dan inspirasi. Tambahan lagi Voucher bernilai RM500 turut ditawarkan kepada individu tertentu yang berdaftar dalam kursus ini. Bukan itu sahaja, buku Solusi Menuju Baitullah dan buku Mudahnya Umrah dengan Kaedah SALAK juga turut diberikan secara percuma.

Kursus ini dapat membantu menyelesaikan keraguan dan masalah yang sering menjadi persoalan lazim dalam kalangan bakal Jemaah. Kursus ini juga dapat menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai hukum dan pantang larang ketika berada di Tanah Suci.

Maklumat Kursus

Categories:

Objektif Kursus

  • Memberi pendedahan secara ilmiah mengenai falsafah, hikmah dan matlamat Umrah & Haji.
  • Mengenal pasti masalah-masalah yang sering timbul semasa melaksanakan ibadah Umrah & Haji berserta penyelesaian yang sesuai.
  • Membentuk jiwa dan rohani yang kuat sebagai persediaan awal yang terbaik untuk menjadi tetamu Allah.
  • Membincangkan kupasan mengenai permasalahan Fiqh yang berkaitan dengan Umrah & Haji

Bahan Disertakan

  • 54 Rakaman video (3 Modul) berstruktur dan interaktif
  • 3 Buku kerja disediakan dalam format PDF

Sesuai untuk Individu yang

  • Golongan yang hendak menunaikan Umrah & Haji
  • Para Mutawwif dan bakal Mutawwif
  • Individu yang berminat untuk mempelajari ilmu yang berkaitan dengan Umrah & Haji
  • Agensi Umrah & Haji yang tidak dapat membuat kursus secara online
  • Individu yang tidak suka bersesak-sesak untuk menghadiri kursus Umrah & Haji secara bersemuka.

Pakar Bidang

Pakar Bidang yang terlibat dalam Basic Package ini adalah:

  1. Ustaz Abdullah ARS (Solusi Menuju Baitullah)
    • Pengasas Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) dan Penulis Buku S.O.L.U.S.I Menuju Baitullah
  2. Datuk Hj Kamal Hj Mohamed (Fiqh Umrah & 9 Persiapan Rohani menurut Imam Nawawi)
    • Bekas Pensyarah di Institut Da’awah Islamiyah PPERKIM, Bekas Pengurus Tabung Haji Selangor, Bekas Penolong Pengarah (Penyelidikan dan Latihan Haji) Tabung Haji, Pengarah Tabung Haji negeri Kelantan, Bekas Pengurus Besar Kualiti Tabung Haji, Bekas Pengurus Besar Agensi Tabung Haji, Konsul Haji Malaysia Di Jeddah, Arab Saudi, Pengarah Urusan Pena Gemilang Sdn Bhd & Pensyarah Jemputan Fiqh Haji, IIC 

Course Features

  • Lessons 56
  • Quizzes 0
  • Students 6
  • Reviews 0
  • Certificate No

Pakej Basic e-Learning Umrah & Haji: RM97 (Langganan Seumur Hidup)

SALE RM197.00 RM97.00

MODUL 2: FIQH UMRAH