Kursus kaedah Tajwid Ar-rumi merupakan sebuah pembelajaran interaktif yang berstruktur di atas talian dengan menggunakkan pendekatan simbol rumi namun masih tidak merumikan Al-Quran. Pendekatan ini amat sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak mengenal Al-Quran dan memberi pendedahan yang lebih mendalam dari segi huruf jawi.
Pembelajaran ini menumpukan kepada kaedah pembelajaran tajwid secara berperingkat dimana mereka akan memberi ilmu asas kepada kaedah tajwid. Selain itu, peserta juga mendalami ilmu tajwid secara tajwid ilmi iaitu mengetahui hukum yang terkandung dalam buku tajwid iaitu mendalami kaedah-kaedah dengan lebih terperinci berdasarkan tulisan tulisan ilmuan tajwid dan juga ilmu tajwid amali dengan mempraktikkan hukum yang berkaitan dengan huruf-huruf serta boleh melafazkan kalimahnya.
Peserta juga mendapat kelebihan kerana mendapat buku nota kerja bagi catatan beberapa modul sebagai rujukan. Selain itu, pakar bidang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ilmu tajwid dan Al-Quran.
Ilmu tajwid wajar dipelajari melalui ini individu dapat menghilangkan kesamaran yang terdapat didalam sesuatu hukum dengan jelas kerana sesuatu hukum itu terdapat perbezaan yang amat jelas berdasarkan tandanya seterusnya dapat memelihara lidah daripada kesalahan membaca Al-Quran.
Objektif Kursus
- Meningkatkan kualiti pembelajaran Al-quran dari segi pembacaan dan pemahaman
- Memahami hukum tajwid asas dalam Al-Quran dan cara mempraktikkan dalam bentuk sebutan.
- Individu yang mempelajari ilmu tajwid akan terhindar melakukan kesalahan-kesalahan bacaan Al-Quran.
Sesuai untuk Individu yang
- Individu yang ingin mendalami ilmu Tajwid dan Al Quran
- Individu yang baru mengenal Al Quran dan ingin mempelajarinya
- Individu yang ingin memperbaiki cara bacaan Al Quran dengan lebih baik
Bahan Disertakan
- Buku Kerja bersturktur dalam format PDF 20
- Rakaman video berstruktur dan berinteraktif
Pakar Bidang
Kursus ini akan dikendalikan oleh Ustaz Rusydi Ramli Al – Jauhari, beliau merupakan:
- Ikon Al-Quran, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
- Exco Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara (Ketua Kluster Projek Khas)
- Pengarah Urusan & Jurulatih Utama Akademi Ibnu Rushd (AIR)
- Pengasas Tajwid Kaedah Ar-Rumi
- Bekas Pengurus Waqaf di Waqaf An Nur Corporation (JCorp)
- Personaliti Dakwah
- Penceramah Selebriti / Bebas
- Penceramah Di Astro Oasis, TV1, TV3, Al-Hijrah, Bernama TV & Radio
- Penceramah tetap di Radio IKIM
- Penceramah Motivasi Korporat, Remaja & Keluarga
- Perunding Bahasa Arab Al-Quran
- ”Penulis Best Seller Nasional” (Biografi Agung Rasulullah)
- Pengasas & Penasihat Usrah Fitrah (Gabungan Artis / Penggiat Seni Berhijrah)
- Penasihat Pertubuhan Kembara Iman Malaysia (NGO Muallaf)
- Penolong Setiausaha One Nation (NGO)
Pengenalan kepada Kursus
Kaedah Tajwid
Teknik Bacaan Surah dan Tajwid
Course Features
- Lessons 21
- Quizzes 0
- Students 8
- Reviews 0
- Difficulty Semua Golongan
- Certificate No
Langganan 1 Tahun
Pakej Langganan Selama 12 Bulan
Langganan 1 Tahun dan Coaching Berkumpulan
Pakej Langganan 12 Bulan berserta Coaching Berkumpulan yang dikendalikan Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari sendiri