fbpx

No products in the cart.

Kursus Business Model Canvas (BMC) Untuk Usahawan

Setiap organisasi tidak kira kerajaan mahupun swasta menghadapi situasi kehendak pelanggan luaran mahupun dalaman yang berubah. Ia kian mendesak hingga menyebabkan organisasikan perlu mencari ruang dan peliang bagi beradaptasi dengan suasana ini segera. Ini bagi memastikan  organisasi kekal relevan pada mata pandang pelanggannya.

Namun sesuatu yang sangat jelas adalah bagaimana keupayaan anggota kerja dalam organisasi dapat digembeling agar mampu untuk menangani suasana ini secara efektif dan efisien. Bagi menangani perkara ini, organisasi perlu mengenal pasti beberapa perkara iaitu:

  1. Apakah PRODUK dan PERKHIDMATAN yang ditawarkan
  2. Siapakah PELANGGAN sejati yang memerlukan produk dan perkhidmatan itu.
  3. Apakah NILAI yang dikehendaki oleh PELANGGAN melalui PRODUK dan PERKHIDMATAN itu.
  4. BAGAIMANA mengoptimumkan segala SUMBER yang ada bagi menyampaikan NILAI itu kepada para PELANGGAN.

Oleh itu satu alat yang sangat sesuai digunakan adalah KANVAS MODEL BISNES

Jurulatih Bengkel

Fauzul  Na’im  Ishak  adalah  Master  Trainer  dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat FINE.  Beliau  adalah  jurulatih yang diberikan  kepercayaan  untuk  memperkasa potensi diri warga kerja dengan  mengendalikan kursus pembangunan diri, komunikasi dan penulisan buku untuk organisasi-organisasi utama di Malaysia seperti Jabatan Perdan Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri,  Tenaga  Nasional  Berhad  dan  Syarikat  Bekalan  Air Selangor. 

Beliau juga adalah master trainer dan pengasas Analisa Profil DynamicDISC yang dibangunkan berdasarkan hasil kajian Dr. William Marston. Beliau juga adalah pakar dalam Analisa Profil Bahasa dan Tingkah Laku (LAB Profile) dan Neurolinguistic Programming (NLP). Dengan pengiktirafan industri latihan atas kredibiliti dan kewibawaan beliau, beliau dilantik sebagai Ahli Kehormat Pertubuhan  Perunding  Latihan  dan  Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Beliau  adalah  Certified  NLP  Master  Practitioner  (ABNLP), Certified  NLP  Master  Coach  (ABNLP),  Certified  Master Practitioner  of  Time  Line  Therapy™Certified  Practitioner  of Hypnotherapy, Certified Laughter Yoga Leader, Certified Trainer untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Certified Trainer  GE International, Certified Professional Trainer Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia,  Certified Professional Learning Facilitator (Mastery) Take Charge Sdn Bhd, Certified Bahavioral Consultant dan Certified DiSC Profile Analyst.

Course Features

  • Lessons 3
  • Quizzes 0
  • Students 24
  • Reviews 0
  • Certificate No