fbpx

No products in the cart.

Kursus High Impact Presentation BPK KKM 1/2021

Komunikasi dan pembentangan mempunyai satu elemen yang sama iaitu audiens. Kedua-duanya memerlukan strategi untuk memenuhi keperluan dan sesuai dengan audiens. 

Ia perlu mempunyai beberapa elemen penting bagi memastikan komunikasi dan pengucapan awam memberikan kesan maksimum buat audiens. 

Ia bermula daripada diri pembentang dan komunikator, bagaimana membuat perancangan rapi untuk menyediakan sebuah strategi komunikasi dan pengucapan awam yang berpengaruh. 

Penggunaan bahasa persuasif juga penting bagi mempersona khalayak. Selain daripada itu keupayaan seseorang komunikator atau pembentang menggunakan alat-alat bantuan seperti flip chart dan slaid juga perlu dipertingkatkan untuk memberikan impak terbaik.

Terdapat tiga situasi komunikator dan pembentang yang mahir dalam bidangnya namun menjadi hilang kredibiliti di hadapan khalayak ramai iaitu:

  • Bahan presentasi menjadi banjir maklumat sehinggakan pendengar lemas kerana terlalu banyak informasi
  • Penyampai dianggap membazir masa pendengar apabila apa yang disampaikan sama dengan teks yang diberikan seolah-olah hanya membacakan semula sahaja. 
  • Penyampai hilang fokus apabila sesi interaksi maklumat pada multimedia dan jawapan sesi interaksi terputus.

Oleh itu, merancang presentasi yang mendorong tumpuan pendengar dan mengekalkan motivasi penyampai penting agar maklumat dapat disampaikan. Ia diikat dengan bantuan multimedia asas dan multimedia elektronik bersama.

Para pembentang juga kadangkala hilang fokus disebabkan kekurangan persediaan dalam diri disebabkan akibat rasagemuruh dan gementar pada ketika membentang. Ia memberikan persepsi buruk kepada pembentangyang menyebabkannya hilang wibawa.

Ini adalah bengkel yang holistik menggabungkan Neuro Linguistic Programming dan kemahiran menguasai multimedia dalam pembentangan dan sesi latihan bermodul.

PAKAR BIDANG

Fauzul  Na’im  Ishak  adalah  Master  Trainer  dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat FINE.  Beliau  adalah  jurulatih yang diberikan  kepercayaan  untuk  memperkasa potensi diri warga kerja dengan  mengendalikan kursus pembangunan diri, komunikasi dan penulisan buku untuk organisasi-organisasi utama di Malaysia seperti Jabatan Perdan Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri,  Tenaga  Nasional  Berhad  dan  Syarikat  Bekalan  Air Selangor. 

Beliau juga adalah master trainer dan pengasas Analisa Profil DynamicDISC yang dibangunkan berdasarkan hasil kajian Dr. William Marston. Beliau juga adalah pakar dalam Analisa Profil Bahasa dan Tingkah Laku (LAB Profile) dan Neurolinguistic Programming (NLP). Dengan pengiktirafan industri latihan atas kredibiliti dan kewibawaan beliau, beliau dilantik sebagai Ahli Kehormat Pertubuhan  Perunding  Latihan  dan  Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Beliau  adalah  Certified  NLP  Master  Practitioner  (ABNLP), Certified  NLP  Master  Coach  (ABNLP),  Certified  Master Practitioner  of  Time  Line  Therapy™Certified  Practitioner  of Hypnotherapy, Certified Laughter Yoga Leader, Certified Trainer untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Certified Trainer  GE International, Certified Professional Trainer Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia,  Certified Professional Learning Facilitator (Mastery) Take Charge Sdn Bhd, Certified Bahavioral Consultant dan Certified DiSC Profile Analyst.

Course Information

Course Instructor

Sidang Redaksi Akademi Sidang Redaksi Akademi Author

Course Features

  • Lessons 17
  • Quizzes 0
  • Students 52
  • Reviews 0
  • Certificate No