fbpx

No products in the cart.

Kursus INSAN SUPER: Transformasi Minda Juara

Hidup manusia amat singkat. Pada ketika ini usia atau umur tidak menentukan sama ada dia mampu hidup lama ataupun sekejap. Orang yang berumur ataupun orang masih muda, kedua-duanya akan dipanggil bila-bila masa saja untuk bertemu yang Maha Kuasa. Apa yang sepatutnya manusia lakukan adalah melakukan yang terbaik dengan sisa hidup yang ada.

Setiap manusia sudah disediakan ‘alat’ yang sama pada diri masing-masing oleh Tuhan. Akal fikiran untuk berfikir, emosi untuk meluahkan perasaan, spiritual untuk tentukan nilai dan fizikal untuk bertindak. Namun begitu ada manusia yang lebih hebat berbanding manusia lain. Hebat daripada segi ilmu, kemahiran, kekayaan dan kecemerlangan.

Apakah yang menyebabkan manusia berbeza? Ini kerana ada manusia yang KENAL DIRI dan ada yang tidak. Hanya mereka yang KENAL DIRI akan dapat menyerlahkan POTENSI yang ada dalam dirinya.

Manusia yang tidak KENAL DIRI ini bukan sahaja sukar untuk berjaya, ia tidak dapat beri yang terbaik untuk dirinya, organisasi, keluarga dan masyarakat. Inilah golongan yang akan menjadi mangsa kepada orang lain. Mereka akan menyalahkan dan mengalihkan salah kepada orang lain. Hasilnya, semua rugi termasuk diri sendiri.

Program INSAN SUPER: Transformasi Minda Menjadi Juara direka bentuk untuk membongkar misteri diri manusia dengan membawa pendekatan psikologi terkini. Setiap peserta akan dibawa untuk mengenal 4 komponen penting pada diri mereka iaitu Intelek, Emosi, Spiritual dan Fizikal. Ini bagi membangun minda dan jati diri SANG JUARA.

PAKAR BIDANG

Fauzul  Na’im  Ishak  adalah  Master  Trainer  dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat FINE.  Beliau  adalah  jurulatih yang diberikan  kepercayaan  untuk  memperkasa potensi diri warga kerja dengan  mengendalikan kursus pembangunan diri, komunikasi dan penulisan buku untuk organisasi-organisasi utama di Malaysia seperti Jabatan Perdan Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri,  Tenaga  Nasional  Berhad  dan  Syarikat  Bekalan  Air Selangor. 

Beliau juga adalah master trainer dan pengasas Analisa Profil DynamicDISC yang dibangunkan berdasarkan hasil kajian Dr. William Marston. Beliau juga adalah pakar dalam Analisa Profil Bahasa dan Tingkah Laku (LAB Profile) dan Neurolinguistic Programming (NLP). Dengan pengiktirafan industri latihan atas kredibiliti dan kewibawaan beliau, beliau dilantik sebagai Ahli Kehormat Pertubuhan  Perunding  Latihan  dan  Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Beliau  adalah  Certified  NLP  Master  Practitioner  (ABNLP), Certified  NLP  Master  Coach  (ABNLP),  Certified  Master Practitioner  of  Time  Line  Therapy™Certified  Practitioner  of Hypnotherapy, Certified Laughter Yoga Leader, Certified Trainer untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Certified Trainer  GE International, Certified Professional Trainer Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia,  Certified Professional Learning Facilitator (Mastery) Take Charge Sdn Bhd, Certified Bahavioral Consultant dan Certified DiSC Profile Analyst.

Course Features

  • Lessons 5
  • Quizzes 0
  • Students 90
  • Reviews 0
  • Certificate No