fbpx

No products in the cart.

Kursus Negosiasi Menang-Menang Teraju

Kebanyakan orang melihat bahawa dalam sesuatu proses perundingan atau negosiasi pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Pada perspektif Negotiator Super ia sebenarnya perkara sebegini tidak wujud. Apa yang sebenarnya berlaku dalam situasi sebegini adalah keadaan kedua-dua pihak menjadi kalah.

Negotiator ataupun jururunding yang efektif adalah individu yang dapat mewujudkan keputusan menang-menang. Mereka memastikan sesiapa sahaja yang terbabit di dalam sesuatu negosiasi didengari dan prosesnya berlangsung atas suatu prinsip dipersetujui bersama.

Negotiator Super beroperasi dengan suatu sistem kepercayaan bahawa sesiapa sahaja yang beredar daripada meja perundingan akan berpuas hati. Mereka percaya ada perkara yang lebih baik berlaku di sebalik meja perundingan. 

Negotiator Super adalah sebuah mindset dan boleh juga dikatakan sebagai ‘buah kilas’. Individu selalunya tersekat dalam sesuatu kedudukan yang mana mereka sukar untuk menjadi fleksibel. Kursus NEGOSIASI MENANG-MENANG: Strategi dan Kemahiran Berunding Negotiator Super membenarkan sesiapa terbabit di dalam proses negosiasi akan mendapat kepuasan berdasarkan keperluan dan kehendak masing-masing.

Dalam program ini, para peserta akan mempelajari kemahiran komunikasi yang diamalkan oleh negotiator atau jururunding terhebat dunia. Proses memodelkan yang terbaik menjadikan para peserta mempelajari kaedah memperoleh apa yang dikehendaki tanpa ‘menyerahkan diri’. Ia berlangsung tanpa merosakkan hubungan dua hala dengan mereka yang terbabit.

Bagaimanakah untuk menjadikan kedua-dua pihak menang? Kedua-duanya akan menang apabila kedua-dua pihak dapat menerima situasi perlu memihak. Program ini direka untuk mengajar para peserta membuat persediaan, mendengar dan berkomunikasi cara efektif.

‘Buah kilas’ negosiasi berkesan ini akan membawa para peserta melangkaui konflik dan mewujudkan hubungan baik yang hebat. Fahaman lama yang menggunakan kaedah  negosiasi menggunakan kekerasan adalah fahaman lapuk dan tidak bersesuaian dengan masa kini. Para peserta akan mempelajari strategi spesifik dan pola bahasa yang akan membuat negotiator paling tegar pun akan menyerah diri.

Objektif Kursus

Di akhir kursus ini para peserta akan dapat:

  • Mewujudkan cara berfikir menang-menang.
  • Membuang persepsi berkaitan perkara lama yang berbangkit.
  • Mengasingkan individu dengan masalahnya.
  • Mengenal pasti pola negosiasi diri.
  • Mengenal pasti situasi sebenar sesuatu isu secara tersurat dan tersirat.
  • Bersedia untuk berunding secara berkesan dengan sesiapa sahaja.
  • Mewujudkan dan mengekalkan hubungan baik yang mendalam dan untuk jangka masa panjang.
  • Mendengar dalam keadaan sepertimana orang lain merasakan kita mendengar sepenuhnya.
  • Menangani sesuatu isu dengan efektif walaupun dengan mereka yang suka membuli dan menjengkelkan.
  • Membezakan cara negosiasi lama dan baru.
  • Mewujudkan perjanjian mengenai prinsip daripada awal perundingan.
  • Mengenal pasti kaedah dan taktik menangani konflik.
  • Membangunkan strategi berfikir di luar kotak.
  • Mengendalikan secara berkesan semua aspek kehidupan.

Course Information

Difficulty: sederhana

Categories:

Course Instructor

Sidang Redaksi Akademi Sidang Redaksi Akademi Author

Course Features

  • Lessons 8
  • Quizzes 0
  • Students 13
  • Reviews 0
  • Difficulty sederhana
  • Certificate No