Neuro Linguistic Programming atau NLP adalah satu alat membentuk tingkah laku yang berkuasa tinggi untuk memahami dan mempengaruhi manusia.
Neuro Linguistic Programming (NLP) adalah gabungan tiga bidang ilmu yang digabungkan. Neuro membawa maksud bagaimana seseorang individu berfikir. Linguistic adalah bagaimana kita proses berfikir diterjemahkan oleh minda dalam bentuk Visual, Auditori, Kinestik, Olfaktori dan Gustatori. Programming adalah pola tingkah laku.
NLP adalah kajian psikologi tingkah laku yang menawarkan teknik efektif untuk memperbaiki hubungan dan komunikasi. Ia dinyatakan sebagai seni dan sains kecemerlangan manusia, kajian yang dapat membezakannya daripada teknik-teknik lain dalam pasaran.
NLP menyediakan satu jalan untuk membantu individu menjadi lebih kompeten dalam apa sahaja mereka lakukan, mempunyai lebih kawalan terhadap minda, perasaan dan tindakan mereka. Ini menjadikan individu lebih positif dalam apa sahaja pendekatan yang diambil dalam hidup dan dapat mencapai keputusan yang dikehendaki.
Program ini NLP For Student ini adalah program yang direka bentuk khas untuk membantu para pelajar daripada peringkat menengah hingga ke institusi pengajian tinggi untuk meningkatkan kompetensi dan keyakinan diri.
Para pelajar akan mempelajari asas NLP yang dapat diaplikasikan dalam pembelajaran, komunikasi dan pembangunan diri.
Sesuai untuk semua golongan
Apa yang Anda akan Peroleh
- 11 Video Modul Kursus NLP For Student
- Buku kerja NLP For Student dalam bentuk muat turun
- BONUS: 8 Video Modul Teknik Catat Nota
- BONUS: Satu buku kerja NLP For Student [Bercetak] diposkan ke rumah Anda
Pakar Bidang
Hanis Jenalis adalah perunding kanan di FINE Training Academy Sdn Bhd. Beliau adalah jurulatih yang berkepakaran dalam bidang komunikasi, motivasi, teknik belajar, mind mapping, kemahiran berfikir dan team building.
Beliau adalah jurulatih yang diberikan kepercayaan membangun potensi diri untuk mahasiswa institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta, antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional Berhad.
Beliau juga dilantik sebagai learning specialist yang mengendalikan kursus transformasi minda Tenaga Nasional Berhad untuk lebih 15,000 warga kerja di seluruh Malaysia.
Beliau adalah graduan dalam bidang kejuruteraan komputer (elektronik dan maklumat) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sekarang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam keselamatan siber di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau adalah Certified NLP For Students Trainer, Certified Trainer untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Certified Bahavioural Consultant dan Certified DiSC Profile Analyst, Certified LAB Profile Practitioner, Certified Profesional Learning Facilitator dan Certified Team Building Trainers.
Pengenalan Kursus
Modul 1: Pengenalan kepada NLP
Modul 2: Strategi Berfikir NLP
Modul 3: Strategi Penyusunan NLP
Modul 4: Teknik Adaptasi NLP dalam Kehidupan
Modul Bonus: Teknik Catat Nota untuk Pelajar Cemerlang
New Section
Course Features
- Lessons 22
- Quizzes 0
- Students 0
- Reviews 0
- Difficulty Semua Golongan
- Certificate No
Langganan Setahun
Langganan yang diberikan adalah secara tahunan dan akan diperbaharui selepas 12 bulan