Seseorang individu menjadi pemimpin disebabkan oleh beberapa faktor. John C Maxwell melalui bukunya Developing the Leader Within You menyatakan ada 5 peringkat kepemimpinan iaitu KEDUDUKAN, KEBENARAN, PENGHASILAN, PEMBANGUNAN MANUSIA, KEMUNCAK.
Walauapapun peringkat kepemimpinan seseorang individu, pemimpin adalah suatu kedudukan yang mencabar. Mencabar minda, mencabar emosi, rohani dan juga fizikal.
Cabaran paling besar adalah bagaimana seseorang individu dapat membangunkan MINDSET PEMIMPIN berbanding MINDSET PENGIKUT.
Peningkatan kerjaya memaksa seseorang individu berubah daripada menjadi seorang operator, kepada seorang pengurus dan ke tahap lebih tinggi sebagai seorang pemimpin.
Kemahiran menjalankan operasi, mengurus dan kemahiran memimpin memerlukan aturan kemahiran yang berbeza.
Apabila seseorang individu berubah peranan daripada operator kepada pengurus dan seterusnya pemimpin tetapi kemahiran tidak berubah seiring dengan peranan ia akan mewujudkan situasi sukar buatnya.
Kursus PEMIMPIN SUPER ini direka bentuk bagi memenuhi keperluan itu dengan memperkenalkan konsep:
- M: Masa Hadapan
- B: Babit
- A: ProAktif
Pakar Bidang
Fauzul Na’im Ishak adalah Master Trainer dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat FINE. Beliau adalah jurulatih yang diberikan kepercayaan untuk memperkasa potensi diri warga kerja dengan mengendalikan kursus pembangunan diri, komunikasi dan penulisan buku untuk organisasi-organisasi utama di Malaysia seperti Jabatan Perdan Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor.
Beliau juga adalah master trainer dan pengasas Analisa Profil DynamicDISC yang dibangunkan berdasarkan hasil kajian Dr. William Marston. Beliau juga adalah pakar dalam Analisa Profil Bahasa dan Tingkah Laku (LAB Profile) dan Neurolinguistic Programming (NLP). Dengan pengiktirafan industri latihan atas kredibiliti dan kewibawaan beliau, beliau dilantik sebagai Ahli Kehormat Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Beliau adalah Certified NLP Master Practitioner (ABNLP), Certified NLP Master Coach (ABNLP), Certified Master Practitioner of Time Line Therapyâ„¢, Certified Practitioner of Hypnotherapy, Certified Laughter Yoga Leader, Certified Trainer untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Certified Trainer GE International, Certified Professional Trainer Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia, Certified Professional Learning Facilitator (Mastery) Take Charge Sdn Bhd, Certified Bahavioral Consultant dan Certified DiSC Profile Analyst.
Langganan 1 Tahun (12 Bulan)
Langganan 1 Tahun (12 Bulan)
Pengenalan kepada Program
Modul 1: Pengenalan kepada Kepemimpinan
Modul 2: Mindset Pemimpin Super
Course Features
- Lessons 20
- Quizzes 0
- Students 29
- Reviews 0
- Certificate No
Langganan 1 Tahun (12 Bulan)
Langganan 1 Tahun (12 Bulan)