fbpx

No products in the cart.

Kursus Mobile Journalism MOJO Secara Online Anjuran IPPTAR

Kursus Mobile Journalism telah dianjurkan oleh Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) secara atas talian pada 14 hingga 16 Julai 2020. Kursus ini telah dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad melalui 3 platfom iaitu melalui laman media Facebook, Zoom dan Portal Akademi Belajarlah. Laman Media Facebook digunakan untuk menyiapkan tugasan dan menghantar tugasan aktiviti oleh para peserta kursus dan akan diberikan permarkahan oleh Pakar Bidang.

Laman Media Zoom pula digunakan untuk sesi soal jawab di antara para peserta dengan Pakar Bidang bagi memahami kaedah dan cara dalam pembelajaran tersebut. Bagi penggunaan laman media portal Akademi Belajarlah digunakan untuk menonton rakaman video pembelajaran yang dihasilkan oleh Tuan Zamri Mohamad untuk memenuhi jam pembelajaran yang telah diaturkan.

Pembelajaran secara atas talian ini dilaksanakan kerana kes penularan Covid 19 yang melanda dunia. Oleh sebab itu, organisasi perlu mencari alternatif pembelajaran secara atas talian bagi memenuhi sesi pembelajaran mereka. Sesi ini memberi kemudahan dan impak kepada peserta mempelajari perkara baru dan mecuba kaedah baru pembelajaran yang terkini bagi mengelakkan kes penularan Covid 19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *