fbpx

No products in the cart.

Kursus Promosi Komprehensif di Media Sosial Anjuran IPPTAR

Kursus Promosi Komprehensif di Media Sosial telah dianjurkan oleh Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) secara atas talian pada 14 hingga 16 Julai 2020. Kursus ini dihadiri seramai 36 orang pegawai secara di atas talian. Kursus ini telah dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad melalui 3 mode.

  1. Pembelajaran Secara Video Bermodul di Portal Akademi Belajarlah.My
    (layari www.belajarlah.my)
  2. Pembelajaran Secara Langsung (live) bersama jurulatih kursus di Laman
    Facebook Group Comprehensive Promotion in Social Media
  3. Tugasan Berbentuk kuiz dan Praktikal dalam Talian yang akan dibuat
    sepenuhnya di Portal Belajarlah.My dan Laman Facebook Group
    Comprehensive Promotion in Social Media

Laman Media Facebook digunakan untuk menyiapkan tugasan dan menghantar tugasan aktiviti oleh para peserta kursus dan akan diberikan permarkahan oleh Pakar Bidang. Laman Media Zoom pula digunakan untuk sesi soal jawab di antara para peserta dengan Pakar Bidang bagi memahami kaedah dan cara dalam pembelajaran tersebut. Bagi penggunaan laman media portal Akademi Belajarlah digunakan untuk menonton rakaman video pembelajaran yang dihasilkan oleh Tuan Zamri Mohamad untuk memenuhi jam pembelajaran yang telah diaturkan.

Pembelajaran secara atas talian ini dilaksanakan kerana kes penularan Covid 19 yang melanda dunia. Oleh sebab itu, organisasi perlu mencari alternatif pembelajaran secara atas talian bagi memenuhi sesi pembelajaran mereka. Sesi ini memberi kemudahan dan impak kepada peserta mempelajari perkara baru dan mecuba kaedah baru pembelajaran yang terkini bagi mengelakkan kes penularan Covid 19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *