fbpx

No products in the cart.

MEDIA SOSIAL DALAM DUNIA PEMBELAJARAN HARI INI?

Dalam dunia yang pesat ini, terdapat pelbagai media sosial yang boleh diakses oleh semua golongan masyarakat pada bila-bila masa. Penciptaan teknologi seperti telefon pintar dan komputer riba dapat memudahkan media sosial diakses oleh semua orang lagi pula dengan rangkaian internet yang serba moden.

Tambahan pula, telah menjadi kewajipan pada hampir semua masyarakat masa kini untuk memiliki telefon pintar dan tidak ketinggalan untuk mencipta akaun media sosial mereka tersendiri. Antara media sosial yang sering digunakan ialah Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp dan pelbagai lagi. Hal ini kerana terdapat beberapa kebaikan yang dapat memudahkan kehidupan masyarakat pada ketika ini. Tanpa media sosial, kehidupan masyarakat mungkin menjadi agak sukar untuk berkomunikasi tambahan lagi pada musim Covid19 di mana kita digalakkan untuk mengurangkan pergerakan di luar.

Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian Ketika PKP

Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran secara maya atau dalam talian menjadi keperluan mendesak ketika seluruh dunia termasuk Malaysia bergelut dengan masalah penularan wabak COVID-19. Akibat daripada penularan tersebut kebanyakkan negara terpaksa menguatkusakan Perintah Kawalan Pergerakan. Ketika sekolah dan IPT ditutup, kerajaan telah meminta pihak pengurusan sekolah dan IPT melaksankan proses pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya secara maya atau dalam talian hingga hujung tahun 2020. Hal ini sangat penting dan perlu dikuasai sepenuhnya oleh semua pihak yang berkaitan dalam sektor pendidikan di negara ini iaitu pihak guru, pensyarah dan juga pelajar.

Faedah Pengunaan Media Sosial

  1. Faedah Pengunaan Media Sosial

Para pelajar dapat mengasah bakat dan kemahiran mereka untuk menghadapi dunia moden masa kini. Mereka dapat mengenali dan mencuba aplikasi baru yang mungkin tidak pernah mereka ketahui. Dengan cara ini juga dapat menambah ilmu dan pengalaman mengenai aplikasi yang wujud dalam dunia maya kini.

2. Memudakan komunikasi antara guru/pensyarah bersama pelajar

Kewujudan pelbagai jenis aplikasi telah banyak membantu dalam memudahkan proses penyampaian maklumat dari satu pihak ke pihak yang lain. Kita tidak perlu lagi untuk bersua muka atau menunggu surat untuk maklumat diterima. Segala jenis maklumat dapat dikongsikan di hujung jari sahaja.

3. Membantu menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai perkara

Penggna dapat bertukar pandangan dan berkongsi ilmu baru melalui plaform ini. Malah agensi wartawan dan berita juga telah menggunakan media sosial sebagai platform utama mereka menyampaikan berita-berita terkini sebagai contoh yang berkaitan dengan isu Covid-19 dan banyak lagi.

Tambahan pula, perkongsian di media sosial tidak hanya terhad kepada penulisan sahaja, namun ia juga mengambil pendekatan melalui video di mana telah menarik lebih ramai pengguna dalam mendapatkan manfaat yang pelbagai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *