fbpx

No products in the cart.

PERISTIWA SAFA DAN MARWAH, TAULADAN SITI HAJAR

Peristiwa Hajar, ibu kepada Nabi Ismail AS yang melakukan sa`ie daripada Safa dan Marwah semata-mata mencari air untuk menyelamatkan keadaan anaknya yang ketika itu dalam keadaan kritikal kehausan kerana habis bekalan dan air banyak dirakamkan dalam Qasas al-Anbiya’.

Syeikh Sya`rawi di dalam tafsirnya menyebut

“Dua bukit Safa mengingatkan nostalgia lama bagaimana Saidatina Hajar iaitu ibu Ismail AS sedang berulang alik antara keduanya mencari air untuk anaknya selepas ditinggalkan kedua-duanya oleh Ibrahim di sisi Baitullah al-Haram.

Bagaimana fikiran seorang perempuan ketika ditinggalkan suaminya bersama dengan anak yang masih kecil di tempat yang tidak mempunyai makanan dan sumber air?

Di sinilah ucapan Hajar yang masyhur: “Kepada siapa kamu serahkan kami, adakah Allah yang perintahkan kamu demikian itu?”

Lantas jawab Ibrahim,

“Ya. Dengan penuh yakin, isteri soleh itu berkata: Kalau begitu Allah SWT tidak akan mengabaikan kami. Justeru dia terkaya dengan Khaliq daripada makhluk.”

Bukit Safa dan Marwah terletak di sebelah selatan dan utara Masjidilharam, Mekah. Bukit Safa dan Marwah merupakan tempat Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim AS mencarikan air untuk anaknya, Ismail AS. Siti Hajar berlari mendaki Bukit Safa kemudian turun menuju Bukit Marwah sampai tujuh kali dan akhirnya secara tiba-tiba keluarlah air zamzam dari dalam tanah.

Peristiwa ini kemudian diabadikan umat Islam dengan melakukan Sa’ie (lari-lari kecil) dan termasuk dalam rukun ibadah haji dan umrah.

Dapatkan e-learning Haji & Umrah https://e-mutawwif.com untuk mengetahui kisah-kisah sejarah yang berkaitan dengan pelaksanaan Haji & Umrah dengan lebih lanjut.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *